Assalamualaikum dan salam sejahtera mari kita mengkaji PROTON SAGA 2019 body kit ya pengenalan model entry level Proton Saga pula akan diberikan kemaskini yang sama untuk tahun 2019. Tambahan pula, sebelum ini, ia telah beberapa kali dilihat dalam pelekat samaran atau tiada perbezaannya yang sebelumnya. Dan hari ini, semua teka-teki berkenaan Saga 2019 terjawab dengan kita melihat design nya..
Saya dengan tidaknya terus mengambil sedikit sebanyak gambar Proton Saga ini ketika berada di tempat kerja saya. Ehmm menarik body kit nya.
Pada 2016, Proton Saga dalam generasi ketiga ini mula diperkenalkan untuk pasaran secara rasmi. Kini, hampir tiga tahun selepasnya, kini Proton telah mengemaskini kan Proton Saga yang pertama. Proton Saga 2019 terkini akan ditawarkan dalam tiga varian, iaitu Standard MT, Standard AT dan juga Premium AT – menarik juga. Cerita pasal harga dalam lingkungan RM3+.+++ something..
Sebagai sebuah model facelift, Saga 2019 ini mengekalkan bentuk keseluruhan yang sama seperti yang sebelum ini akan tetapi banyak kemaskini dengan memperbaharui dari segi penampilannya, dan juga pada kelengkapan serta prestasinya.
Sekarang bab enjin, dan sebagainya kita akan buat satu bab yang lain akan datang, sekarang saya Kita mulakan dengan perubahan reka bentuk terlebih dahulu. Sebab saya tertarik dengan bentuknya.
Bagi wajah depan, ia kini menggunakan gril “Infinite Weave”, seakan sama seperti dua lagi model adik beradiknya iaitu Persona dan Iriz. Ini diserikan lagi dengan jalur kemasan krom di bawahnya. Nampak VIP bossku..Bagaimanapun, rekaan lampu utama kekal sama cumanya, bahagian bampar diberi ubah sedikit rekaan baru yang lebih segar, dengan menempatkan lampu nyalaan siang LED di bahagian sisinya – bagi kereta segmen A, Saga menjadi yang pertama ada ciri berkenaan. Bahagian bawah bampar ini juga menempatkan bukaan udara yang melintang lebih panjang – menjadikan kereta nampak sporty
Jom lihat bahagian rim ya pula penampilan imej Saga 2019 jika dilihat menggunkan rim dengan rekaan baru yang lebih menarik. Walaupun ia masih kekal dengan saiz 15-inci yang sama, kini menggunakan rekaan jejari yang lebih sporty dengan gabungan dua-tona warna.
Rekaan bahagian belakang pula disesuaikan mengikut trend sekarang sporty dan premium. Lampu kekal menggunakan rekaan yang lama, tetapi bahagian spoiler dan nama Proton antara perubahan yang boleh dilihat. Paling ketara kemaskini yang dilakukan ialah pada bahagian bampar; ia rekaan baru dengan bucu sisinya turut menempatkan rekaan ala laluan udara ( potongan angin) yang sama bentuk dan rekaannya seperti model model kenderaan Europe seperti Mercedes-Benz. Jalur kemasan krom di bawah juga menjadikannya tampil lebih premium dan style
Oklah sampai di sini sahaja untuk saya menceritakan mengenai model Proton Saga 2019 ni.. Apa apa pun saya salute sebab Malaysia Proton menjadi lebih matang dan lebih maju ke hadapan. Bagi saya untuk Proton ini body kit nya menarik dan mengikut cita rasa anak anak muda, akan tetapi saya hanya memberi pendapat Lebarkan bodynya supaya menampak kan lagi gagah dan luas. Sekian di sini sahaja coretan kita..
Jaga. Lupa like dan share.
Comments
Post a Comment