Skip to main content

Yamaha RX-135 King Pak Usop Punya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, ha. Ah.. Aku ni dah lama tak main motor ni hari ni aku nak Up SATU story mori.. Pasai motosikal, pakcik Otai RX King.. HABAq MAI... sini siapa King.. Ini betul betul Otai lagi berbisa bossku!!!
Oklah melalui kelaut plak nanti.. 17hb Nov 2019 satu karnival di pantai hiburan Kuala Rompin Pahang, iaitu " Karnival Permotoran Rompin 2019" .. Macam biasalah aku. Mengambil gambar, video bersama Team HCTeam sekali aku terserempak satu keluarga tengah bersantai dengan sebuah motorsikal Yamaha RX King, kilat molek boh.. Teruja jab.. Aku apa lagi sementara menunggu YB. sampai untuk perasmian Acara tu, aku terus ke pakcik Otai ni interview sikit sikit je..
Sebelum tu meh aku nak cerita sikit story pasal Yamaha RX King ni.. Apa yang aku tahu lah ye.. Tuan dan puan puan “The Yamaha King is BackYamaha RX King ni sebenarnya dikenali RX - 135, so manusia ni sentiasa ada nama manja kan akhirnya nama melekat di otak anak anak muda dipanggil RX King atau RX-K di Asia Tenggara terutamanya di Negara India & Indonesia.. Kalau kita biasa tengok cerita movie industan mesti model model ni akan kelihatan "ngam boh ejust gadis, pastu aksi mesti lagi padu sebab nak ngorat gadis tu betul kan hehhe..". Model ini juga di terapkan enjin 2lejang ( 2stroke) ekzos way way peng satu kali hehe..Yamaha ini juga terhasilnya pada Tahun 1990-an hingga Ogos 2005. Pengilang Model ini terhasil di Yamaha Escorts Limited dan diserahkan hak penjualan sepenuhnya kepada Yamaha Motor Company.
Negara dipilih INDIA, ha.. Buka Jeep je tau motor pun ada di sana..Enjinnya dah 2stroke kan, so gear dia ada 2 model 2 versi iaitu 4speed dengan HP nya 11hp dan 5speed HP nya pulak 14hp.
Di Indonesia plak RX-135 yang pertama telah disebut dengan gelaran RX-K atau King, ia juga dihasilkan pada tahun 1981-82 dengan itu tahun berikutnya 1983 telah diubah suai sedikit demi sedikit bagi menampakkan lagi sempurna dengan bentuk tangki cubical dan seat dimodenkan dan ada ura ura mengatakan Model baru ini HP dia adalah mengikut kereta kilangnya 18.5hp dan akhirnya pada akhir tahun 2007 dihentikan pengeluarannya di hentikan.. So siapa ada model ni sekarang dengan keadaan yang cantik memang rare bossku.. Oklah itu sedikit sebanyak mengenai model Yamaha RX-123 ( King),
Berbalik semula kepada Otai kita yang berada di karnival ini, hadoi teruja jab.. Hehhe.. Ok lah nama Otai kita ni Hj. Yusof atau dikenali Pak usop dan berasal dari Perak, dia memiliki model ini sudah lama, pada asalnya motor ini dibuat mengangkat padi padi di sawah, ceritanya juga padi tu diletak di bawah seat dan duduk dia atas seat terus membawa ke Jalan Besar.. Perhhhh!! Dengar macam tak sayang motor, tapi pada masa itu transport itu je yang ada dan yang mudah untuk dibuat kerja. Ok saya faham pok usop, dia memiliki RX-King ni pada masa 80-an lagi.. Wa.. Kalau suruh dijual memang taklah banyak nostalgia pada motor King ni boh!, selepas itu 3 tahun sebelum masa sekarang pak usop membaik pulih RX-King dengan sedikit demi sedikit, mendapatkan barang barang original part dan hasilnya sekarang,? Aku pun dari jauh tengok dah teruja apa tah lagi pok usop yang bikin ini motor ma.. Haha.. Pak usop membaik pulih motornya ini di Bandar Ipoh, nama kedai tu katanya AhSeng ye bukan Seng Heng plok.. Tau. Hehe.. Kos pak usop untuk. Menghasilkan yang terbaik buat RX—King ni hampir RM6k.. So aku tak hairan harga tu sebab bila dilihat depan mata memang kemas dan semuanya barang barang original dan cantik lagi. Plak usop juga salah seorang dari ahli Geng geng Perak BIKERS, so kat rumah ada superbike ye.. Pok usop kata ada cuma dia lebih suka membawa motor ni untuk mana mana acara atau events so pok usop telah hadir pada 16hb Nov 2019 di Karnival Permotoran Rompin 2019 ni, sebab pada 16hb tu, acara khas untuk Motorsikal dan 17hb untuk motorcar ok.. Pak usop tidur 1hari dan berkhemah di pantai hiburan Kuala Rompin tu, sehingga 17hb tu bersama keluarga tersayang, perhh!! Memang sporting wife pak usop, tapi terpinga pinga juga tak akan datang bawa barang naik RX-135 ( King) ni, oo.. Wife nya bawa Toyota Alphard mengangkut barang dan motor tapi kadang kadang pok usop ride juga semasa nak ke Rompin dari perak tu, tak daya baru masuk dalam alphard perhh.. Kau!! Kereta MPV Alpahard di masuk nye motor.. Betul betul kental Otai ni..
So Oklah sampai sini jelah artikel mengenai motor dan owners nye.. Pak usop. Memang sporting dan support pemotoran di Malaysia, kita mengharap anak anak muda seperti aku ni, ops! Hehe anggaplah Hobi itu sebahagian aktiviti riadah sekeluarga dan nilai hobi itu bukan mahal tetapi Nilai menghargai sesuatu barang atau hobi yang kita minati. So wife mesti kena support tok laki kan sebab biar dia minat pemotoran dari minat gadis gadis kan hahaha Hang Fikir lah sendiri.. Ok lah terima kasih sudi. Membaca dan jangan lupa. Like dan share.. Assalamualaikum. 
Media : HCTeam 
Photo : IjedaHabinO EditoR 

Comments

Popular posts from this blog

NEW PROTON SAGA 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera mari kita mengkaji PROTON SAGA 2019 body kit ya pengenalan model entry level Proton Saga pula akan diberikan kemaskini yang sama untuk tahun 2019. Tambahan pula, sebelum ini, ia telah beberapa kali dilihat dalam pelekat samaran atau tiada perbezaannya yang sebelumnya. Dan hari ini, semua teka-teki berkenaan Saga 2019 terjawab dengan kita melihat design nya..  Saya dengan tidaknya terus mengambil sedikit sebanyak gambar Proton Saga ini ketika berada di tempat kerja saya. Ehmm menarik body kit nya. Pada 2016, Proton  Saga dalam generasi ketiga ini mula diperkenalkan  untuk pasaran secara rasmi. Kini, hampir tiga tahun selepasnya, kini Proton telah mengemaskini kan Proton Saga yang pertama. Proton Saga 2019 terkini akan ditawarkan dalam tiga varian, iaitu Standard MT, Standard AT dan juga Premium AT – menarik juga. Cerita pasal harga dalam lingkungan RM3+.+++ something..  Sebagai sebuah model  facelif...