Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, alhamdulillah kali ini dapat satu jentera yang menjadi trend, popular, mampu milik, dan tak lari dari gosip ops!! Haha..
Model yang disebutkan adalah model HONDA, wow! Asal Honda je dikecam haha.. Itu semua niat masing masing yang baik dan yang buruk, minat dan kemampuan seseorang tiada halangan untuk teruskan minat dan hobi dalam dunia pemotoran, Satu je aku boleh cakap " MOTORSPORT itu Kejam" haha. Baiklah Model Honda antara model Yang popular atau diminati di Malaysia antaranya Civic, accord, oleh kerana mesin ya iaitu Vtec, dan sesetengah mempengaruhi budaya ( Culture) di Jepun. Apa yang aku tahu sedikit sebanyak Soichiro Honda dilahirkan HAMAMATSU, Shizuoka Japan pada tahun 17 November 1906, beliau mencipta piston piston mesin yang kecil seperti motosikal dan sebagainya, selepas berkembang hasilnya tercipta lah Honda Motor Co. Ltd. Pada tahun 1948 dan di situ terhasilnya model motosikal dan kereta yang hebat, ini antara sejarah wujudnya Honda yang lain nanti aku ceritakan bloq seterusnya. Untuk kali ni aku ingin View bloq mengenai jentera iaitu HONDA CITY, Kali ni aku nak ceritakan sikit mngenai Honda City model GM2 atau TMO yang kini merata rata di atas jalan negara kita. Honda City merupakan antara kereta subpadat yang di keluaran syarikat automotif Jepun Honda sejak tahun 1981 lagi. Asalnya ia dibina untuk model kereta bandar raya khusus untuk pasaran, lebih bertujuan untuk kereta jimat dan mudah bergerak di negara negara yang sentiasa sibuk sesak di bandar terutama di Jepun, Eropah dan Australia, tetapi ia telah dihentikan pengeluarannya tanpa di bina atau pembuatannya lagi sehinggalah pada tahun 1994, namun ia dihidupkan semula sebagai satu siri kereta padat empat pintu ( kompak / kcar) yang disasarkan kepada pasaran negara membangun, terutamanya di Asia, Amerika Latin dan Australia. Model model yang dibina lebih berteknologi, moden dan sebagainya sehinggalah tercipta model GM2/TMO version didalam generasi ke5 di dalam senarai Honda City. Ia dibina pada 2008-09 di Bangkok, Thailand dan diikuti di New Delhi, India, Pakistan & Indonesia. Model ni juga menarik minat dan ditawarkan dinegara negara Eropah. Model ini juga bernadikan 1.5L dengan transmisi manual 5 kelajuan ataupun transmisi automasi manual (AMT) i-SHIFT 6 kelajuan.
Baiklah itu sedikit sebanyak mengenai model ini,
aku ingin menceritakan kereta model Honda City GM2 tahun 2010, iaitu milik si En Iqbal yang berasal di Kuantan, Pahang. Kenapa bukan TMO? TMO adalah model selepasnya pada model Honda City GM2 yang hanya perbezaan di antara transaksi gear nya dan tiada I-shift (AMT paddle shift), model ni juga antara model Unit khas pengeluarannya ( diura urakan model ini juga dibina system enjin fit GD8 jazz) wow menarik. En Iqbal telah memiliki jenternya menjadi pemilik kedua dari yang pertama. Pada asalnya beliau niat dihati yang Murni memakai kenderaan ini untuk Kegunaan harian dan kerja nya, beliau berkerja sebagai Control Panel dan juga berkerja bersama perniagaan keluarganya iaitu Kontraktor bina rumah, pagar dan sebagainya lah orang kata serba boleh. En Iqbal juga seorang yang berminat dengan dunia permotoran beliau terfikir model ini boleh pergi jauh dan di racun racun modifikasi kereta model ini di Thailand, dan antara sahabat sahabatnya yang mempunyai kelab, komuniti dan sebaginya. Pada mulanya ia telah cuba menyentuh bahagian kasutnya ( sport rim), kalau main kereta jarang jarang belaku beli kereta tak tukar kasut istilah itu biasa didengari semuanya minat masing masing.
Beliau memadankan Rim model Enkei RPo1, 15inci setelah lama memakainya beliau menukarkan Rim SSR Type F -15inci, tetapi beliau ada mengatakan untuk menukar rim lain ehmm.. "Apa model yang berkenan di hatinya, kita tunggu jelah apa yang nak disarungkan selepas ini". Tayar bersaiz kan 195/55/15 cukup selesa untuk dibawa kemana jua anda pergi, Beliau juga mengekalkan disc brack OEM dari jenama Nissin, kereta kapisiti model 1.5L masih sesuai kerana model ini mempunyai depan dan belakang disc brake ( brek cakera) cukup untuk nadi enjinnya.
Beliau telah diwarnakan atau saling warna kulit pada kenderaan kepada blue champion dengan bodykit OEM asal dengan menambah ducktill spoiler modulo. Bagi beliau, bodypart/bodykit kekal lebih nampak simple dan dengan merendahkan kan sedikit suspensions nya iaitu menukar spring sport yang lebih besar dan rendah sedikit aku pernah naik Kenderaannya dan melantun lantun sedap juga, aku tanya "ejustable ke pakai?" katanya "tidak, hanya menambah minyak lebih pada eksober asal", dan hasilnya menarik. Oklah tapi niat tu dah ada nak memakai ejustable itulah "next project the Blue City GM2" ni. Kalau membawa kereta tiada perendam bunyi atau system ekzos (Exhaust) boleh tertido katanya, En Iqbal telah memilih untuk kostum ekzosnya dihasilkan dari bengkel ekzos yang tak asing lagi di Kuantan iaitu "Makmur Pakar Ekzos", beliau memilih Paiping dengan saiz inlet 1.8inci dan memilih Dua system pengeluar bunyi nya yang serentak dengan straight paip dari catcon sehingga ke belakang, bunyi dia bila I vtec berkumandang perang habis, siap ada letup letup pom pom pom pah!!..
En Iqbal pun terasa inginkan angin lebih masuk ke dalam intake dan lebih cepat respon diberi, kalau dah lawas sistem letup nya jadi en Iqbal telah menyarungkan open pod ( air filter open) bagi cepat respon dan itu juga Kustom dari Makmur Pakar ekzos. Jadi bunyinya lebih garang garing ibarat viral sekarang " daging harimau menangis" hahaha... Kenapa Harimau dipersalahkan hehe.. Ok. Ok.. Cukup! just for fun ok. Beliau juga telah menambah Grounding Cable ( wayarbumi) pada enjin nya untuk mengstabilkan elektrikal sistem enjin dan sistem bakteri, ia memakai Pivot Grounding dari " HCTeam Grounding Cable Kuantan " ia juga memastikan Grounding itu ada lah yang 99.999% asli. En Iqbal merancang untuk upgred atau kegilaan kuasa kuda enjinnya next project iaitu Halder, pluq k20, dan sebagainya akan di buat Satu persatu.. Kita akan tunggu hasilnya nanti. Oklah kita cerita bahagian dalamnya, masih tak banyak berubah dan lebih mengekal kan asal kerana yang asal lebih menarik, cuma en Iqbal telah menukarkan pada seat atau tempat duduk asal OEM kepada. Model Honda perlude, bagi beliau model. Prelude ship body yang lebih selesa dan grip setiap selekoh di ambil, ini juga salah satu alasan untuk tidak memiliki seatbucket atau semi bucket kan heheh.. "Kau pandai drama en Iqbal haha,". Di atas desbord kereta tak akan kelihatan kosong kan, ops! Sebelum itu nak ceritakan kebanyakan model baru kenderaan ni memang tiada penunjuk di meter utama jika suhu air panas tiada petunjuk ( water temp) so en Iqbal memilih memasang meter 6 Beradik, ZD yang terus dipasang memlalui ODB, ia juga dapat sedikit sebanyak membantu Memastikan suhu kepanasan air dapat diberitahu (warning) En Iqbal tidak ketinggalan zaman beliau juga menukarkan radio asal kepada android 10inci, sekarang android ada lah trend bagi semua yang memiliki kenderaan, ia juga memastikan penumpang sebelah tidak tertidur jika en Iqbal memadu dengan memasang lagu dangdut gerudi hehehe.
Setelah lama aku mengkaji pada keretanya, bagi aku keretanya nampak simple, clean dan boleh dikatakan sebagai modifikasinya boleh dibuat lagi dan antara contoh mereka yang suka untuk mengekalkan bentuk asal. Apa yang dikatakan en Iqbal kepada aku dari segi luaran beliau ingin memasang bonet hadapan dengan model cf ( corbon fiber) agak menarik juga, the next project Honda City GM2 blue ni aku akan tunggu hasilnya nanti. Ini bagi nasihat dan pendapat aku lah, setiap apa yang kita minat cuba tanam dengan usaha dan niat untuk buat sebab dengan minat hasilnya kita berpuas hati, tidak perlu untuk kita minat kerana terdesak atas faktor mencari nama Kerena dalam dunia Motorsport ikatan UKWAH dan minat itu lah segalanya anda akan dapat ke puasan nanti, wang ringgit tolak tepi janji ko ada minat semua boleh jadi. Baiklah sampai disini sahaja coretan dari Kami.
Terima kasih pada En Iqbal sudi berkongsi minat dan jenteranya dman juga sudi menerima kami sebagai secebis atau sebahagian untuk menjadi media, seperti video, gambar dan sebagainya. Layanan pun terbaik terima kasih semua, lagi sekali dari team kami we are KakiLenjan, PHC Media, dan IjedaHabinO EditoR mengucapkan Jutaan Terima kasih.
Untuk melihat lebih lagi gambar ini boleh pergi ke Facebook kami di Iaman sosial / page " we are KakiLenjan" dan untuk melihat video boleh ke YouTube channel kami we are Kaki Lenjan, apa yang penting jangan lupa nanti like and subscribe ok😊
Terima kasih sudi Membaca apa apa boleh rojer Kiter
Call : 01161608365
WHATSAPP ONLINE : 0199865337
Ingat semua "KITA JAGA KITA" Kita masih belum Menang, terima kasih kepada semua fronliner yang berjuang demi Bangsa, Negara, Agama dan HAPUSKAN COVID 19 di MALAYSIA.
Comments
Post a Comment